Pelbagai definisi yang boleh kita perolehi untuk mengambarkan apa itu Inflasi??? Inflasi merupakan kelemahan sistem mata wang yang sedia ada sekarang. Paling mudah untuk faham apa itu inflasi mari kita lihat sebentar gambar rajah dibawah.
G.1a. Perbandingan harga kopi.
Nilai Rm1 yang di ambil dalam tempoh 30 tahun. Jika pada zaman 70han dengan wang Rm1 kita boleh beli 4 cawan kopi atau lebih. Apabila tahun meningkat demi tahun, nilai Rm1 mulai mengecil dan mungkin menjadi tidak berharga jika dibawa ke kedai. Ini merupakan fakta yang jelas untuk menerangkan kesan inflasi. Jika hari ini (2017) dengan duit Rm1 anda hanya boleh memesan air kosong atau 1/4 cawan kopi.
"Zaman saya sekolah dahulu (90han), karipap harganya 30sen sebiji saiznya sama dengan 2 biji karipap yang harganya Rm1 hari ini."
Nilai matawang kita akan sentiasa berkurang tahun demi tahun sama seperti penyakit kanser yang memakan diri dalam senyap. Tanpa kita sedar duit yang kita simpan untuk masa depan akan sentiasa tidak cukup.
Namun begitu, setiap penyakit ada ubatnya. Pelaburan merupakan ubat yang mujarab untuk merawat inflasi. Kadar pulangan pelaburan yang melebihi kadar inflasi akan memastikan duit yang kita simpan sentiasa meningkat nilainya.
G.1b. Rule of 72.
"Rule of 72" adalah salah satu kaedah untuk mengira masa untuk nilai duit kita berkurang (inflasi) @ bertambah (investment). Dengan kadar inflasi Malaysia pada purata 3-4%, dijangka nilai Rm akan berkurang separuh dalam masa 18 tahun. Kenapa kene kira??? Ini sangat penting untuk kita membuat persiapan ketika bersara dan juga pendidikan anak-anak.
Silap percaturan akan memaksa kita kembali berkerja ketika usia emas kelak. Dan akan memudaratkan kita jika tidak merencana apa-apa langsung.
G.1c. Lifestyle Inflation.
Adalah perlu diketahui, inflasi yang paling ditakuti adalah cara hidup kita.. Oleh itu, sentiasa "ukur baju dibadan sendiri."
Afiq Asnawi
Islamic Fanancial Consultant.
No comments:
Post a Comment