"Ramai yang tanya, kalau saya nak invest instrument apakah yang paling sesuai?? Unit trust, ASB atau Emas??"
G1.Emas fizikal
G2.ASB
Sebenarnya, setiap jenis pelaburan bergantung pada objektif diri sendiri dan tahap keberanian untuk mengambil risiko.
Ketiga-tiga jenis pelaburan ini memberikan keuntungan jika kene pada strategi. Oleh itu, wajib mengambil pandangan consultant untuk memulakan pelaburan agar kita tidak rugi modal dan masa.
Kebiasaanya, objektif pelaburan boleh dikategorikan kepada dua; i. Pertengahan, ii. Jangka Panjang. Tiada istilah "Skim cepat kaya", kerna pelaburan memerlukan masa.
Okeh, macam mana ketiga-tiga instrument pelaburan ini menjana keuntungan. Mari kita lihat perbezaan antara ketiga jenis pelaburan ini.
1) ASB-Pelaburan yang sangat sinonim dengan orang melayu kita. Dari zaman nenek ke cucu melabur dalam ni. Pelaburan dalam ASB ini dijana melaui dividen yang diumum setiap tahun. Pertambahan modal hanya bergantung pada dividen. ASB merupakan "low risk investment" kerana ianya dijamin kerajaan. Sesuai untuk simpanan jangka masa pendek-serdahana.
Namun sehingga kini ianya belum dapat status patuh syariah. Oleh sebab itu orang beriman tidak disyorkan untuk masuk.
2) Emas-Kebiasaan pelaburan emas dimonopoli oleh kaum hawa. Namun, ramai sebenarnya tidak tahu untuk jana keuntungan melalui emas. Pelaburan emas tidak mempunyai dividen, namun harga nya yang turun naik membuat ramai menjadikan ia satu pelaburan. "Beli pada harga jatuh, jual pada harga tinggi". Keuntungan yang dijana adalah berdasarkan perubahan harga emas (unit price). Namun ianya memerlukan modal yang besar untuk menyimpan.
(Pelaburan Emas akan di terangkan lebih lanjut kelak)
3. Unit Trust/Amanah Saham. (Equity)
Oleh kerana UT ini luas, kita focus pada yang melabur dalam dana equiti. Ini kerana ia boleh menjana keuntungan maksima berbanding dana lain (bond@money market). Okeh, menarik mengenai UT ni dia menjana keuntungan melalui dua cara iaitu distribution(dividen) dan unit price yang turun naik. Sama seperti, ASB+Emas=UT. Namun ianya memerlukan jangka masa yang lebih panjang untuk mengaut keuntungan.
Sebagai contoh:
Pada tahun 2000 keatas, harga sekeping roti gardenia cokolat Rm 0.50, namun pada hari ini telah naik jadi Rm 0.85 (include gst). Harga dia meningkat saban tahun. (Normal)
Harga unit ASB dari dulu sampai sekarang satu unit = Rm 1.00. Sama jer walaupun nilai singgit dulu tak sama dengan nilai singgit sekarang.
Unit trust, harga awal-awal beli (kalau time baru launch) Rm 0.25/ unit. Lama-lama boleh naik jadi Rm 0.40/ unit atau lebih. (Walaupun harga unit fluctuate, once dah naik tinggi nak turun macam awal2 susah)
Sape yang tak naik?? Nilai matawang kita sentiasa mengecil setiap tahun.. Sebab itu kenapa perlu tahu berapa lama nak simpan.. kalau untuk long term, rugi lah yang simpan dalam ASB.
No comments:
Post a Comment