Untung la remaja2 skrg sebab kerajaan akan bagi RM1,000 seorang.
Dalam pembentangan #Bajet2017, PM mengumumkan akan memberi insentif rm1,000 seorang bagi remaja2 yang berumur 20 hingga 30 tahun.
Tujuan ini bagi menggalakkan golongan remaja menyimpan untuk masa depan.
Syarat untuk mendapat rm1000 ni ialah remaja mesti meyimpan rm1k ke dalam Private Retirement Scheme (PRS). Simpan duit sendiri 1k, kerajaan akan topup bagi 1k lagi. Total jadi 2k. Dan simpanan ini tidak bole dikeluarkan sehingga umur 55thn. Sekiranya anda mampu menyimpan sebyk RM200 sblm selama 30thn, tabungan anda akan mencecah RM1.4juta.
PRS ni macam kwsp, simpanan persaraan. Ibarat acc ke2 EPF. Duit 2k tu akan beranak pinak sebab dapat dividen dan masa pencen baru boleh keluarkan.
http://www.nst.com.my/news/2016/10/182235/2017-budget-incentive-increase-prs-contributors
Inilah masanya remaja nak dptkan reward duit bajet kerajaan, tapi untuk rakyat yang belum berumur 31 sahaja ya.
Contoh, umur 30 tahun 8bulan masih layak untuk dapat 1k free tu. Sebab belum masuk 31. Umur ikut tarikh lahir, bukan ikut tahun.
Cara nak apply ialah kena melalui consultant yang ada lesen PRS.
Kalau ada saudara mara, adik, sepupu, atau anak yang berumur 20 - 31tahun sila maklumkan peluang ni ye. Rugi kalau terlepas, bajet yang diperuntukan ialah rm165 juta sahaja, siapa cepat dia dapat.
Sila share status ni supaya ramai dapat manfaat. TQ
Prs Consultant (Afiq)
0136341253
Growth your money, Islamic way
Get the best return and do it now
Showing posts with label prs. Show all posts
Showing posts with label prs. Show all posts
Wednesday, 1 March 2017
Saturday, 25 February 2017
Pengetahuan Basic Unit Trust
Apa itu Unit Trust?
mestilah pilih yang halal..
“Ada orang ajak saya melabur dalam Unit Trust, untung katanya. Saya pun join, tapi Unit Trust ni sebenarnya apa dia?”
Unit Trust merupakan produk pelaburan yang diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah, yang mengumpul duit orang ramai (pelabur) dan syarikat tersebut melaburkan duit itu bagi pihak orang ramai, menerusi ikatan amanah. Dengan tujuan untuk memperoleh keuntungan dalam syarikat yang dilaburkan.
1. Unit Trust/Unit Amanah = Amanah Saham.
ASB dan TH merupakan salah satu syarikat yang mengeluarkan produk unit amanah. Konsepnya asasnya sama iaitu kita simpan duit dan nanti sampai masa kita akan dapat dividen. Disebabkan ASB dan TH haji terlalu sebati dalam masyarakat melayu, ramai yang beranggapan bahawa keuntungan yang dijana melalui pelaburan ini adalah berdasarkan dividen yang diumumkan setiap tahun. Ini adalah tanggapan yang salah, unit trust sebenarnya boleh beri lebih dari sekadar dividen.
Dalam unit amanah sendiri terbahagi kepada beberapa kategori (mengikut tahap risiko):
- Money Market
- Bond/Sukuk
- Equity
- Real estate
G.1 Gambar ihsan dari investopedia. (Banyak level cuma sy simplifiedkan)
RISIKO??
Jangan paknik, setiap jenis perlaburan ada risiko tersendiri. Ini memudahkan pelabur membuat pilihan. "The higher ther risk, the higher chance to get high return". Ibarat nak tangkap King Crab, kene pegi tengah laut tu gadai nyawa diterajang ombak. Tapi berbaloi sebab harga nya mahal..
Sama seperti investment, jika pulangan nya tinggi pasti risiko nya juga tinggi... Belum pernah ada lagi risikonya rendah tapi pulangan tinggi.. Contoh macam mlm, skim money rolling, cepat kaya dan seangkatan.
Kecuali..sedekah..(itu lain cerita)
Berbalik pada unit trust.
Low risk investment macam ASB menetapkan harga satu unit = RM1. Dan tidak akan berubah. Itu boleh kira sebagai tiada risiko/rendah disebabkan harga unit fix. Tambahan ASB dijamin kerajaan.
Berlainan jika invest dalam equity, dimana harga unit berubah-ubah setiap hari. Ada hari naik dan ade hari turun. Percayalah, effect dari perubahan harga unit turun naik ini boleh menjana keuntungan. Malah lebih banyak dari simpan di ASB.
Jadi siapa yang invest dalam equity biasanya akan dapat 2 keuntungan. Satu dari dividen, satu lagi dari kenaikan harga unit. Bijok..
Itu saja kelebihan?? Ade lagi, akan diterang kemudian..
2. Unit Trust Management Company, UTMC = Syarikat Pengurusan Unit Amanah.
2. Unit Trust Management Company, UTMC = Syarikat Pengurusan Unit Amanah.
UTMC ini dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia, dibenarkan operasi oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia.
Terdapat banyak syatikat Unit Amanah dalam Malaysia seperti Public Mutual, CWA, Kenanga, Great Easter dan lain-lain. Tapi yang memegang share perlaburan swasta yang terbesar (no.1) adalah Public Mutual.
3. Fund / Dana = Tabung
Terdapat banyak Fund yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini. Dan ia terbahagi kepada dua. Iaitu:
- Konvesional
- Patuh Syariah
Bagi yang muslim
Semua fund ini akan dipantau aktivitinya oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Panel Syariah yang dilantik. Kalau dana itu tidak diregister dengan SC kemungkinan itu adalah scam..
Pastikan anda membaca prospektus fund dahulu sebelum mula melabur. Prospektus ini mengandungi informasi lengkap mengenai fund tersebut.
![]() |
| Contoh sahaja |
Contoh dana patuh syariah. Biasa warna hijau.
“Boss, betul ke saya dengar boleh melabur dalam Unit Trust tanpa guna duit cash?”
Sebenarnya ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa mereka boleh bawa keluar sebahagian duit dalam Acc 1 KWSP untuk didiversified) diletakkan dalam Unit Trust. Walaupun skim (kwsp-mis) ini telah lama diperkenalkan. Tujuan utama adalah memberi peluang kepada pencarum untuk mengandakan simpanan yang semaksima mungkin demi memastikan duit yang cukup ketika bersara kelak. Boleh cek secara terperinci di website KWSP. Namun, hanya dana terpilih sahaja boleh diguna untuk melabur atas kelulusan kwsp.
Namun hanya mereka yang layak (simpanan melebihi basic saving) sahaja boleh apply skim ini. Dan ianya boleh dibawa keluar setiap 3 bulan, sekali. Bukan setiap bulan dan tak wajib tambah.
G2. Basic saving yang ditetapkan oleh KWSP. Uptodate 2017.
4. Apa dorang buat dengan duit kita dalam Unit Trust tu? laburkan dimana?
Semua duit yang kita labur akan diguna untuk beli saham-saham syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan juga dipasaran asing. Segala urusan di kendali oleh fund manager, dia lah akan fikir nak beli saham apa nak jual saham apa dan hasilnya kita akan dapat return. Tak semua boleh main saham, sebab tu kene ade fund manager ni yang lebih pengalaman untuk handle duit kita. Plus, duit dalam unit trust ni risiko lebih jauh rendah kalau dibandingkan kita main sendiri.
5. Berapa minimum untuk mula melabur dalam Unit Trust?
Nilai minimum untuk mulakan pelaburan adalah sekitar RM100 – RM1,000.
6. Berapa purata pulangan Unit Trust ni?
Tiada pulangan yang boleh dijanjikan dalam pelaburan Islamic, namun kita boleh lihat record prestasi fund yang menjadi pilihan.
Kebiasaan simpan dalam equity pulangan boleh capai lebih 10% untuk jangka masa lebih 10 tahun.
Kenapa lebih 10 tahun. Biasanya dividen yang diumumkan tidak flat rate atau sekata setiap tahun. Normal jika dividen diberi seperti ini: Tahun 1 = 2%
Tahun 2 = 4%
Tahun 3 = 18%
Tahun 4 = 10%
Tahun 5 = 8%
Tapi jika diambil purata lebih 10% untuk tempoh 10 tahun..
Ini bergantung pada objektif individu tersebut. Berapa lama nak simpan? Tujuan simpan?
Dari sini anda memerlukan konsultan untuk membantu anda. Kerana ada teknik dan stratergi yang bagus untuk maksima kan pulangan simpanan anda.
7. Kos pengurusan Unit Trust ni.
Disebabkan kita menggunakan khidmat pengurus dana untuk melaburkan duit kita, terdapat fees yang dikenakan
- Sales charge : dikenakan hanya sekali untuk setiap transaksi pembelian
- Management fee : dikenakan setahun sekali
- Trustee fee : dikenakan setahun sekali
- Switching fee : dikenakan jika pelabur ingin menukar ke dana pelaburan lain
- Redemption fee : dikenakan jika pelabur ingin menjual unit pegangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)



